Idris - Monolog utk Rina
6 bulan lalu
Rina, gadis yg amat aku cintai dulu, kenape kau sanggup buat begini padaku.telah kuserahkan segala2nya, telah ku cuba membahagiakan kita, tidak sekali aku memarahi mu, tidak pernah aku baran terhadapmu, tidak pernah juga aku meninggikan suara ku pada mu.
Engkau mengajar erti sabar, sabar yg teramat lah sabarnya.telah aku cuba untuk tidak melepaskan marahku pada mu, engkau menguji semuanya hingga ke tahap begini.
Baru tadi, bekas teman lelakimu memanggilku, ingin berjumpa, bersembang, dan aku tidak pernah memusuhi sesiapa pon. Di tangannya tergenggam satu sehelai sampul surat, ingin sahaja ku tahu apa isi kandungannya, mungkin bukan kepunyaanku.atau mungkin dia tidak puas hati terhadapku dan menulis sesuatu padaku, atau mungkin surat dari mu utk ku, sedangkan baru 2 jam lalu kita menabur janji palsu di tangga rumahmu.
Hampir sejam lamanya, kami berborak, tentang bolasepak,permainan video, rokok, basikal, cuaca, hingglah dia menghulurkan ku sampul surat itu.katanya, jgn marahkan dia, dan dia janji ini bukan salah dia, dia tidak ada niat menganggu cinta ku bersamamu. Aku kaget, apa maksud semua ini akan ku tahu sebentar nanti.
Didepan sampul surat tertulis nama bekas lelakimu.aku lagi curiga, lalu kamal, meninggalkan aku dan katanya dia mahu keluar, dan aku mengekorinya dan keluar menuju kerumahku yg berada bertentangan dengan blok nye sahaja.
Sampai dirumah, lagi memeranjatkan, surat itu dari mu untuknya.surat bukan sebarang surat, surat ini surat cinta.surat cinta mu rina padanya.
Hatiku musnah, parah,berkecai dan longlai. Perlukah aku menghempasnya ke muka mu?
aku tersepuk longlai... rokok ini penawar sementara, asap ini harapnya dapat meninggalkan segala kusut dalam kepale...

<< Home