Thursday, June 17, 2004

Suatu Masa – Suatu Perjalanan

Sinopsis…

Di hujung bilik gelap, bermadahkan halusan cahaya menyirami dari tirusnya tingkap berkadbod hitam.
Aku sendirian, bersendiri sendirian, terjahan lagu suatu masa nyanyian m.nasir bergaung dalam bilik ini.bilik gelap yg bersamaku hampir setiap masa.bilik yang sama berkongsi masa,bunyi, kekeliruan dan suatu perjalanan yang telah dan masih ku tempuh hari ini


Bab 1 – Renyai Hujan

Dari Balkoni


Ahhh… “esok ada kelas, projek pon tak siap lagi,” keluh idris sendirian, di tilam yg diletakkan di ruang tamu di hadapan tv bersebelahan radio. Disitulah ruang yg sama utk rakan2 yg lain makan dan minum, menonton televisyen, dan bergurau senda…

Hujan renyai di lihat di balkoni, renungan jauh dilemparkan hingga ke hujung blok bertentangan. Rumah yg baru didiami lebih kurang 6 bulan itu, terselerak, dan menyelerakkan lagi minda idris yg tidak pernah tenang kebelakangan ini.

Meja komputer di hampiri, di pasang lagu kegemarannya ketika itu, lagu-lagu pilihan melayu rock 80 an dan 90 an di selangi lagu inggeris berilang rentak.

Lagu pertama melirik dengan shadu,nyanyian kumpulan kembara

Bagaimana kan ku mula,
Dan apakah kata-kata,
Yang indah utk ku abaikan,

Sedang asyik dia melayan dengan sepenuh jiwa,
Daun pintu dibuka, “idris, telepon” jerit an, aaa, aku kat sini la, balas idris sambil berlari-lari ke rumah sebelah.berlegar di kepalanya, sape pulak telepon petang2 nih.

Berjirankan rakan sekolej yg mempunyai telefon dirumah mmg senang, senang nak lepak, senang nak borak dan senang orang nak telefon.

‘Hello’kedengaran suara wanita di talian,
‘Helloooo,la zu ko ke, nape?’ balasku ,
‘ko buat ape, tido? Aku nak mintak tolong skit, komputer aku ada problem’
‘mmm, aku melepak ni, problem ape ek? Bagi aku tgk dulu le ape yg tak kene,’
‘ok, jap lagi aku dating jemput ko, ok bye…’
klik, telepon diletakkan

‘jemput aku? Rumah seberang blok aku je, pon nak jemput jugak?’ lantak ko le…

setelah pulang ke bilik, pakaian koyak, uniform bagi aky dan seluar pendek di tukar dgn seluar panjang dan t-shirt bersih.maklumle, takkan nak jumpa kengkawan macam ni kot.

‘Idris!!!’ terpaku, sape lak jerit name aku nih’bisik hati idris
‘eh, lahabau kipau beruau ko azhar, hah, mende?’
‘jom gi mamuks’ gelaran bagi kedai mamak di deretan kedai makan di tepi jalan, lebih kurang 15 minit dari rumah ku.
‘aku tgh tunggu zu nih, dia cakap nak dating, lain kali je lah,bebudak lain mane?’
‘tido kot, ada yg dah pegi dulu’ ni aku nak pegi le nih, kalo ko tanak aku pergi sorang, ujan dah nak berenti nih, setakat renyai2 aku redah je’
‘kalo sempat aku pergi le , aku ada hal nih’
‘ok, chiaauuu’

dentum. Daum pintu ditutup, mmm, dia berlari ke luar balkoni, melihat rintisan hujan, renyaiannya suram namum menghiburkan… di gigi kolam kulihat 4 dara berlari2 anak sambil bergurau senda di tepi kolam renang…

hatinya terpaut pada wajah anak gadis ini.yg lain tu ku rasa kenal, tidak pula yg ini, ini kali pertama dia melihatnya, riang gebu,manis, manja dan menarik…

hatinya berdegup laju